Wednesday, May 2, 2007

MASIH RAMAI WARGA MUDA MELAYU MASIH BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH!!!!!!!!!!

Assalammualaikum WBT

Salam bicara buat semua pengunjung blog ini serta ahli-ahli kelab ini semua. Alhamdulilah, bersyukur kita ke-hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama lagi bagi ruangan ini.Laporan akhbar Mingguan Malaysia pada dua minggu lepas berkenaan masih ramai warga muda Melayu yang telah mencapai umur 21 tahun, masih belum mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Menurut laporan tersebut, warga muda Cina lebih peka dengan situasi untuk mendaftar sebagai pemilih berbanding dengan warga muda Melayu yang kurang peka dengan hak mereka sebagai pemilih.
Jika dikaji, mengapakah keadaan ini berlaku?Apakah warga muda Melayu hari ini begitu leka dengan kewajipan penting ini, sebagai warga Malaysia.Mungkinkah warga muda Melayu sekarang lebih cenderung kepada hiburan semata-mata, dan lalai dalam menunaikan kewajipan penting mereka. Jika keadaan ini terus berlaku, survival orang Melayu di Malaysia pada masa hadapan akan tergugat. Oleh yang demikian, saya menyeru semua anak-anak muda Melayu Malaysia amnya, dan anak-anak muda Kelantan khasnya, agar segera mendaftar sebagai pemilih, bila cukup umur 21 tahun. Jangan sia-siakan hak kita sebagai warga Malaysia yang boleh mendaftar.

Sampai bertemu dilain masa.

Wassalam....

"RAHMATAN LIL A'LAMIN"