Monday, August 27, 2007

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-50....SEMOGA NEGARAKU TERUS GEMILANG....

Assalammualaikum WBT....

Salam buat semua ahli-ahli kelab serta semua pengunjung blog ini, seperti mana sedia maklum, bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan yang telah disambut rakyat Malaysia semenjak 1957 lagi. Dari tahun ke setahun, kita menyambutnya dengan penuh meriah, pelbagai program dan acara diadakan sempena sambutan kemerdekaan ini.

Namun apa yang saya kupaskan disini ialah, sejauh mana IMPAK sambutan serta PENGHAYATAN kemerdekaan ini, direnung dan dinilai oleh generasi hari ini?Apa yang dikesalkan, kebanyakan daripada remaja dan belia hari ini, begitu terpengaruh dengan pemikiran Barat. Ikutan ini dapat dilihat dari segi pergaulan bebas mereka ,antara lelaki dan perempuan, pemakaian yang menjolok mata, percakapan dan pertuturan yang diselitkan dengan perkataan kesat dan lucah serta beberapa segi lagi.

Siapakah yang perlu disalahkan atas permasalahan ini. Menyedari akan peranan warga muda hari ini, selaku pemimpin masa depan, adalah diharapkan ahli-ahli kelab ini dapat bersatu hati, menghayati erti kemerdekaan di dalam konteks yang lebih bermakna. Bersamalah kita tingkatkan martabat Melayu.....

Wednesday, August 15, 2007

Berita terbaru daripada YABhg Tun Dr Mahathir.....

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyeru orang Melayu tidak lagi memberi sokongan kepada kepimpinan negara hari ini yang disifatkan telah banyak melakukan kerosakkan dan yang membiarkan amalan rasuah berleluasa mutakhir ini.Beliau berkata demikian dalam syarahannya dalam program anjuran Majlis Pritahin Malaysia (PRIMA) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini. "Orang Melayu dia undi Umno tanpa sebab, kalau letak tongkol kayu pun sebagai calon Umno, mereka akan pangkah dan Umno akan menang.Berbeza dengan orang Cina orang Cina ada perkiraan untuk menyokong mana-mana parti,"katanya sinis. "Orang Cina dia buat penilaian, tak semesti ahli MCA akan undi MCA dan tidak semestinya ahli DAP akan undi DAP, begitu juga Gerakan.Itu sebab kita tengok macam di Pulau Pinang, ada kalanya MCA memang, ada kalanya DAP menang dan ada kalanya Gerakan menang kerana orang Cina akan menilai undi untuk agenda mereka,"katanya. "Bila menang besar, pemimpin akan kata ini semua kerana mereka dan mereka akan bermegah dengan kemenangan itu."tegasnya. Melihat kepada pentadbiran negara yang terlalu lemah dengan amalan rasuah cukup membarah, rakyat pula mudah dibeli dengan hanya nilai suapan RM200 ia hanya akan menjurus kepada kemusnahan negara ini, kata Tun Mahathir. Katanya lagi, dalam Pemilihan Perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu 2006, beliau bertanding sebagai perwakilan. Namun kerana rasuah RM200 untuk membeli penyokong setianya, beliau kalah dengan cara yang paling kotor sekali. "Ini orang akan kata saya buat tuduhan, tetapi saya alami dan saya tahu ia berlaku.Kalau Ketua Bahagiannya nak kata tidak ada, apa boleh buat sebab jika bawa kepada Jawatankuasa Disiplin pun kata tiada, tetapi saya yang lalui saya tahu ia berlaku,"tegasnya sinis. Bercakap soal Pilihan Raya Umum ke-12, beliau yakin pilihan raya kali ini akan dijalankan dengan penuh rasuah dan penggunaan wang. Beliau mendapat maklumat bahawa kini adanya usaha untuk mengumpul dana oleh pihak tertentu untuk menyumbang kepada dana pilihan raya. Justeru itu beliau yakin sekali kepimpinan Umno yang membenarkan rasuah berlaku di negara ini akan menggunakan rasuah dalam pilihan raya akan datang. Baginya, jika orang Melayu memilih pemimpin yang melakukan rasuah dan memberi undi kerana sogokan RM200, bermakna kepimpinan yang akan menerajui negara adalah kepimpinan yang rasuah. Beliau kecewa dengan sikap orang Melayu yang sedemikian rupa yang tidak berfikir untuk menentang pemimpin yang rasuah yang boleh merosakkan negara. Malah hari ini amalan rasuah telah sebati, dan perasuah akan dibebaskan hanya dengan menafikan tuduhan ke atas mereka ini. Justeru beliau sekali lagi melahirkan keyakinan bahawa kepimpinan negara yang ada hari ini adalah kepimpinan yang bermasalah yang perlu ditolak oleh orang Melayu dan rakyat. Begitupun beliau mahu Umno kekal sebagai kerajaan yang memerintah, sambil meletak keputusan kepada rakyat untuk memilih kepimpinan yang boleh menggantikan pemimpin yang ada hari ini. Sementara itu beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan awam hari ini yang dilihat semakin buruk berbanding ketika era pemerintahannya. Katanya lagi, hari ini rakyat bimbang untuk keluar rumah memandangkan jenayah pembunuhan yang menjadi-jadi, setelah pembunuh yang sah membunuh bebas setelah mahkamah membebaskan dengan pendakwaan dikatakan gagal menampilkan bukti. Ini membuatkan keadaan tidak lagi selamat, katanya. Sementara itu beliau juga membuat kenyataan sinis memperli Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin yang disifatkan sebagai seorang yang ditaktor. Kenyataan itu dibuat setelah seorang penonton menanyakan bahawa adakan persamaan yang dibuat oleh seorang penulis akhbar berbahasa Inggeris bahawa sikap Dr Mahathir sama dengan Khairy. "Saya dulu dituduh sebagai diktator dan macam-macam lagi, jadi kalau nak samakan Khairy dengan saya, ialah, tetapi saya bukan ditakor kerana saya dalam membuat keputusan boleh mengubah semula keputusan setelah ada orang yang menasihati saya,"katanya sinis.