Assalammualaikum WBT....
Salam buat semua ahli-ahli kelab serta semua pengunjung blog ini, seperti mana sedia maklum, bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan yang telah disambut rakyat Malaysia semenjak 1957 lagi. Dari tahun ke setahun, kita menyambutnya dengan penuh meriah, pelbagai program dan acara diadakan sempena sambutan kemerdekaan ini.
Namun apa yang saya kupaskan disini ialah, sejauh mana IMPAK sambutan serta PENGHAYATAN kemerdekaan ini, direnung dan dinilai oleh generasi hari ini?Apa yang dikesalkan, kebanyakan daripada remaja dan belia hari ini, begitu terpengaruh dengan pemikiran Barat. Ikutan ini dapat dilihat dari segi pergaulan bebas mereka ,antara lelaki dan perempuan, pemakaian yang menjolok mata, percakapan dan pertuturan yang diselitkan dengan perkataan kesat dan lucah serta beberapa segi lagi.
Siapakah yang perlu disalahkan atas permasalahan ini. Menyedari akan peranan warga muda hari ini, selaku pemimpin masa depan, adalah diharapkan ahli-ahli kelab ini dapat bersatu hati, menghayati erti kemerdekaan di dalam konteks yang lebih bermakna. Bersamalah kita tingkatkan martabat Melayu.....