ASSALAMMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA,
Hari ini, Tun Dr Mahathir, akan menjalani pembedahan Pintasan Koronari buat kali kedua, selepas kali pertama dijalankan ke atas beliau, 16 tahun yang lalu. Pembedahan hari ini akan dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. Saya ingin mengajak semua rakyat Malaysia agar berdoa memohon agar pembedahan hari ini berjalan lancar dan Tun Dr Mahathir akan selamat dan pulih seperti sediakala.
Khidmat beliau masih diperlukan bagi memastikan Malaysia terus maju dan kepentingan Melayu akan terus terbela. Jasa beliau selama 22 tahun memimpin Malaysia, tidak dapat digambarkan.
Saya mewakili Kelab Penyokong Muda Kelantan, mendoakan keselamatan dan kesihatan Tun akan pulih seperti sediakala.
Amin Ya Rabbul Alamin........
Presiden