Berita terbaru di dalam televisyen dan akhbar yang menjadi tajuk PANAS pada 5 Jun 2007 ialah,keputusan kerajaan untuk menggunapakai istilah Bahasa Malaysia, bagi menggantikan istilah Bahasa Melayu. Saranan ini telah diketengahkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan juga YB Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin.
Alasan penukaran istilah ini ialah kerana ia dikatakan lebih bersifat nasional dan dapat mampu menaikkan semangat nasionalisme di antara semua rakyat Malaysia. Namun jika difikirkan, adakah alasan ini dapat diterima sebagai alasan utama?Apakah sebelum ini, tiada semangat nasionalisme antara kaum jika istilah Bahasa Melayu digunapakai? Apakah dengan penukaran ini, sokongan bukan Bumiputera akan meningkat kepada kerajaan?
Seharusnya, kerajaan yang diterajui oleh UMNO sebagai tunjang utama, lebih membela kepentingan Melayu di bumi Malaysia yang tercinta ini. UMNO sebagai parti politik yang sering melaung-laungkan idelisme dan jatidiri Melayu, sensitif dengan isu sebegini. Selama ini, kita orang Melayu sudah banyak berkorban dan beralah di dalam soal kepentingan kita di bumi Malaysia. Lihatlah di Malaysia sekarang ini, bukan Bumiputera semakin berani mempersoalkan keistimewaan Melayu.
Saya menyeru warga muda Kelantan membuka minda terhadap isu ini. Jangan kita harapkan Pemuda UMNO memperjuangkan perkara ini, kerana Pemuda UMNO sekarang lebih bersikap YES BOSS. Lihatlah apa sumbangan dan kritikan berani Pemuda UMNO kepada kerajaan sekarang? Jika hal begini berterusan,bakal pemimpin negara di masa hadapan, adalah mereka yang lesu dan kurang berani memberikan pandangan secara terbuka.
Fikir-fikirkanlah............
ger1007@hotmail.com